Persekitaran Kondusif, Perkhidmatan Produktif

Thursday 11 February 2016

Kronologi penubuhan EKSA MSWP Putrajaya



  • Perancangan Amalan Persekitaran 5S Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bermula dengan program ceramah pada 21 April 2009 oleh Pegawai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kepada warga Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
  • Pada April 2009 juga, MSWP telah menganjurkan Bengkel  Amalan Persekitaran Berkualiti  melalui pendekatan 5S, sebagai pendedahan Amalan 5S kepada warga MSWP yang disampaikan oleh Tuan Haji Awang Suhaili Bin Ledi, Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah negeri Sarawak.
  • Manakala pada Ogos 2009 Kursus susulan 5S pula dilaksanakan bagi memantapkan pemahaman warga MSWP tentang Amalan 5S.
  • Pada 10 September 2009, Jawatankuasa Pemandu 5S telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Y.A.A Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan iaitu Y.A.A Hj. Mohamad Bin Hj. Abdullah.
  • Majlis pelancaran Amalan 5S dirasmikan oleh Y.A.A Tan Sri Ibrahim Bin Lembut, iaitu Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan kehakiman Syariah Malaysia.
  • Pada 11 hingga 28 September 2009, Pertandingan mencipta logo & slogan ,Amalan 5S telah dilaksanakan. Logo & Slogan yang terpilih, digunakan bagi ketiga-tiga Mahkamah iaitu Mahkamah Syariah W/P Kuala Lumpur, Mahkamah Syariah W/P Putrajaya & Mahkamah Syariah W/P Labuan.\
  • Audity yang pertama dilaksanakan di MSWP Putrajaya diadakan pada 14 April 2010b oleh panel Audit Malan 5S dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) iaitu Tuan Haji Abd Rashid Bi Omar.
  • Setelah Audit dilaksanakan, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya telah diiktiraf oleh MPC dan Majlis penyampaian Sijil Amalan 5S diadakan pada 16 Julai 2010.
  • Sijil Amalan 5s yang berkuatkuasa selama 1 tahun dari 16/April/2010 sehingga 15/April/2011 yang disampaikan oleh Tn. Hj Ahmad Fadzil Bin Mahmud, Timbalan Ketua Pengarah (1).
  • Eksa telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisisatif penjenamaan semula Amalan 5s Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih releva kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia.
  • Majlis pelancaran Amalan 5S bagi cawangan Mahkamah Syariah W/P Putrajaya telah diadakan pada 8 Januari 2010  bertempat di Dewan Persidangan Aras 4 yang dirasmikan oleh Y.A.A Hj Mohamad Bin Hj. Abdullah.
  • Pada pertengahan tahun 2010, Pihak Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)  telah memperkenalkan  Amalan 5S  dan mengambil tugas sebagai pihak yang bertanggungjawab memberikan Pensijilan Amalan 5s kepada Sektor Awam.
  • Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam


No comments:

Post a Comment